Wednesday, 7 December 2011

Kegunaan teknologi dalam bidang perubatan



CABARAN mendepani kesihatan kini banyak bergantung kepada kecanggihan teknologi yang membantu mengurangkan 'pening kepala' pesakit bukan kerana penyakit dialami, tapi sebaik melihat kos perubatan semakin meningkat saban tahun. Beberapa langkah boleh diambil bagi menangani masalah terbabit sama ada di pihak umum sendiri atau kemampuan hospital mendapatkan perkakasan teknologi maklumat (IT) yang komprehensif bersesuaian dengan kehendak pesakit semasa. Apabila dilihat bidang perubatan dari perspektif pembekal perkakasan industri terbabit, ramai bersetuju untuk menghasilkan peranti yang tidak menyusahkan pengguna. Tidak lupa juga isu berkaitan kepantasan mengesan penyakit sebelum ia menular menjadi lebih parah dan teknologi menjadi jawapan utama bagi merungkaikan persoalan terbabit.

Keperluan kesihatan memerlukan perkakasan moden jika dihitung berdasarkan kajian populasi dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion pada 2050. Daripada jumlah terbabit, dua bilion penduduk berusia 60 tahun ke atas, tahap yang membabitkan pelbagai jenis penyakit. Berdasarkan kajian Laporan Tahunan 2008 Philips, kos penjagaan kesihatan dunia dijangka mengalami pertambahan kira-kira RM39 trilion. Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Philips, Steve Rusckowski, berkata penjagaan kesihatan adalah satu perkara paling dibimbangkan ditambah kehidupan dengan penyakit kronik.

"Masalah kos kesihatan akan terus menghantui dan meningkat dan ini memerlukan perkakasan baru lebih termaju tapi berkos efektif," katanya. Justeru, beberapa organisasi mengambil inisiatif menubuhkan Gabungan untuk Kecemerlangan Klinikal (ACE) yang akan bertindak menentukan faedah dan kos IT dalam perubatan. Ia disertai beberapa hospital, pembekal produk kesihatan dan universiti bagi mengkaji kos sebenar IT dalam industri perubatan sama ada ia berbaloi untuk digunakan di pusat perubatan atau tidak. Sementara itu, pembekal produk dan perkhidmatan perubatan, GE Healthcare, memfokuskan rawatan awal sebagai jalan penyelesaian bagi menangani masalah kos rawatan yang semakin meningkat.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar GE Healthcare Asia Pasifik, Clarence Wu, syarikatnya menggunakan rawatan awal bagi pengesanan penyakit membantu pesakit dari segi kos rawatan. "Kami percaya, tanda awal yang dikesan mampu mengurangkan kos rawatan. Oleh itu, kami mengeluarkan perkakasan canggih yang lebih efisien berdasarkan pemahaman, diagnosis dan merawat penyakit seawal mungkin," katanya. Katanya, penggunaan teknologi termaju mampu mengesan penyakit lebih awal yang membolehkan masyarakat lebih berwaspada.

Dalam pada itu, pembekal produk kesihatan IT terkemuka, iSOFT memperkenalkan penyelesaian terbarunya iaitu Lorenzo bagi menangani masalah kesepaduan maklumat. Lorenzo menawarkan sistem baru dalam komunikasi kesihatan yang meningkatkan kualiti dokumentasi dan memperbaharui masa maklum balas bagi rawatan pesakit. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif iSOFT Asia, Dr Wim Botermans, berkata platform Lorenzo direka berdasarkan arkitektur perkhidmatan membolehkan akses maklumat lebih jitu dan memproses maklumat secara fleksibel. "Sistem Lorenzo akan menghubungkan rekod pesakit secara elektronik, membantu hospital bertindak lebih pantas serta mampu menawarkan keputusan tepat dan benar berdasarkannya," katanya.

Beliau berkata, Lorenzo akan bertindak dengan menguruskan maklumat pada kos terendah selain memberikan hospital akses kepada maklumat pesakit apabila diperlukan. Maklumat terbabit mampu dikongsi mana-mana hospital dengan pertukaran maklumat lancar melalui sistem yang disepadukan dalam satu platform data.
Semestinya kemudahan terbabit mendatangkan berita baik apabila pesakit mampu memiliki maklumat sendiri dengan mudah namun ia juga akan membangkitkan persoalan sama ada pihak hospital membenarkannya dibawa keluar sesuka hati.

Kebiasaannya, maklumat kesihatan dipegang pihak hospital dan sekiranya pesakit mahu membawa maklumat terbabit ke hospital lain, ia pastinya proses yang sukar. Beberapa tahun lalu, terdapat cadangan ketika persidangan meja bulat anjuran Philips yang membangkitkan persoalan pertukaran maklumat, adakah ia milik pesakit atau milik hospital? Ia berikutan timbul masalah pesakit yang hadir atau dibawa ke hospital, tetapi memiliki rekod di hospital lain. Panel persidangan meja bulat Philips menyarankan supaya kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan mewujudkan peraturan khas atau memusatkan (seperti bank data) semua rekod pesakit.

Beberapa isu berkaitan kos rawatan semakin meningkat, pemusatan data dan sebagainya perlu ditangani secara bijaksana bagi memberi impak positif dalam industri kesihatan terutama jika ia membabitkan jumlah penduduk dunia yang semakin bercambah.

7 comments:

  1. saya akui bidang perubatan kini merupakan bidang yang menjadikan pilihan kebanyakkan mahasiswa dan kehadiran pelbagai penyakit memerlukan kepakaran dalam perubatan dan memerlukan pelbagai teknologi bagi mengubatinya dan menghailkan ubat.

    namun begitu kegunaan teknologi membuatkan kos sesuatu rawatan lebih meningkat dan purata penduduk di Malaysia mahupun di luar negara kebanyakkan mempunyai pendapatan yang rendah.. jadi hanya golongan yang mampu sahaja dapat merasai teknolgi perubatan ini dan tidak hairanlah masih ramai di kalangan masyarakat kita pada hari ini memilih perubatan tradisional mahupun secara islam hal ini kerana ia melibatkan kos pembayaran yang lebih murah.

    oleh y demikian penggunaan teknologi haruslah mengikut kemampuan.

    ReplyDelete
  2. Teknologi dalam bidang perubatan memang sangat diperlukan malah memerlukan peningkatan dari masa ke masa. Tambahan pula banyak penyakit yang berebahaya yang memerlukan kecanggihan teknologi untuk merawatnya. Saya berharap teknologi seperti ini akan meningkat lagi pada masa akan datang.

    NURMASTURA NORDIN (A 133408)

    ReplyDelete
  3. saya berpendapat penggunaan teknologi yang disarankan bagi bidang perubatan ini amatlah sesuai dan efektif kerana ia mempunyai kelebihannya yeng tersendiri. jika dengan mengunakan teknologi penyakit akan dapat dikesan dengan lebih awal ia akan memudahkan seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan rawatan yang betul-betul berkesan bagi penyakit mereka.pesakit juga tidak perlu menunggu untuk jangka masa yang sangat lama hanya untuk mengetahui penyakit apa yamg mereka hidapi.

    bagi isu maklumat pesakit itu pula, saya berpendapat jika ia menjadi milik pesakit segala urusan yang hendak dilakukan di hospital yang lain akan mudah dijalankan. pihak hospital tidak perlu merujuk tempat rawatan pesakit yang dahulu sebaliknya terus sahaja merujuk kepada maklumat pesakit yang dipegang oleh pesakit tersebut itu sendiri.

    NURULAIN NADIAH BT OTHMAN
    A132736

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, pengunaan teknologi dalam bidang perubatan adalah sangat relevan.Ini kerana pengunaan teknologi seperti mesin x-ray dan lain-lain sangat memudahkan para doktor untuk mengesan penyakit yang dihidapi.

    Selain itu, pengunaan teknologi dalam perubatan juga dapat memberi harapan kepada pesakit untuk sembuh kerana pengunaan teknologi adalah mudah dan cepat berbanding dengan menggunakan tenaga manusia yang mungkin boleh berlaku kesilapan dalam perubatan.

    ReplyDelete
  5. Hai.
    Isu yang menarik. Penggunaan teknologi tidak terhad kepada komputer dan alam maya semata-mata. Setiap perkara yang manusia lakukan kini mempunyai hubung kait dengan teknologi, walaupun dalam melakukan sekecil-kecil perkara seperti tidur. Teknologi dalam perubatan juga memang tidak asing lagi. Malah, pengunaan teknologi dalam bidang ini sangat penting kerana tanpa peralatan yang serba canggih dan moden, maka amatlah sukar untuk merawat penyakit-penyakit zaman kini yang semakin bertambah dan pelbagai serta luar biasa rumitnya. Teknologi turut mampu menjimatkan masa serta rawatan lebih berkesan walaupun ada kalanya memerlukan kos yang tinggi.

    (^^,)")

    nurul farhana jalani
    a128600
    farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Penemuan kaedah teknologi dalam bidang perubatan merupakan salah satu penemuan yang amat penting didunia. Teknologi yang digunakan dalam bidang perubatan banyak memberi kelebihan terutamanya kepada pesakit dan memberi harapan untuk sembuh. Hari ini, kebanyakan sistem perubatan banyak menggunakan kaedah teknologi yang canggih. Dan disebabkan itulah masyarakat lebih percaya untuk menggunakan kaedah perubatan moden berbanding perubatan tradisional, memandangkan kaedah perubatan moden lebih cepat tempoh penyembuhan selain daripada kepercayaan terhadap teknologi yang digunakan itu sendiri.

    SITI NOR AINU BT LASI
    A128529
    ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
    masyimalo_89@yahoo.com

    ReplyDelete