Wednesday, 7 December 2011

Kegunaan teknologi dalam bidang perubatan



CABARAN mendepani kesihatan kini banyak bergantung kepada kecanggihan teknologi yang membantu mengurangkan 'pening kepala' pesakit bukan kerana penyakit dialami, tapi sebaik melihat kos perubatan semakin meningkat saban tahun. Beberapa langkah boleh diambil bagi menangani masalah terbabit sama ada di pihak umum sendiri atau kemampuan hospital mendapatkan perkakasan teknologi maklumat (IT) yang komprehensif bersesuaian dengan kehendak pesakit semasa. Apabila dilihat bidang perubatan dari perspektif pembekal perkakasan industri terbabit, ramai bersetuju untuk menghasilkan peranti yang tidak menyusahkan pengguna. Tidak lupa juga isu berkaitan kepantasan mengesan penyakit sebelum ia menular menjadi lebih parah dan teknologi menjadi jawapan utama bagi merungkaikan persoalan terbabit.

Keperluan kesihatan memerlukan perkakasan moden jika dihitung berdasarkan kajian populasi dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion pada 2050. Daripada jumlah terbabit, dua bilion penduduk berusia 60 tahun ke atas, tahap yang membabitkan pelbagai jenis penyakit. Berdasarkan kajian Laporan Tahunan 2008 Philips, kos penjagaan kesihatan dunia dijangka mengalami pertambahan kira-kira RM39 trilion. Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Philips, Steve Rusckowski, berkata penjagaan kesihatan adalah satu perkara paling dibimbangkan ditambah kehidupan dengan penyakit kronik.

"Masalah kos kesihatan akan terus menghantui dan meningkat dan ini memerlukan perkakasan baru lebih termaju tapi berkos efektif," katanya. Justeru, beberapa organisasi mengambil inisiatif menubuhkan Gabungan untuk Kecemerlangan Klinikal (ACE) yang akan bertindak menentukan faedah dan kos IT dalam perubatan. Ia disertai beberapa hospital, pembekal produk kesihatan dan universiti bagi mengkaji kos sebenar IT dalam industri perubatan sama ada ia berbaloi untuk digunakan di pusat perubatan atau tidak. Sementara itu, pembekal produk dan perkhidmatan perubatan, GE Healthcare, memfokuskan rawatan awal sebagai jalan penyelesaian bagi menangani masalah kos rawatan yang semakin meningkat.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar GE Healthcare Asia Pasifik, Clarence Wu, syarikatnya menggunakan rawatan awal bagi pengesanan penyakit membantu pesakit dari segi kos rawatan. "Kami percaya, tanda awal yang dikesan mampu mengurangkan kos rawatan. Oleh itu, kami mengeluarkan perkakasan canggih yang lebih efisien berdasarkan pemahaman, diagnosis dan merawat penyakit seawal mungkin," katanya. Katanya, penggunaan teknologi termaju mampu mengesan penyakit lebih awal yang membolehkan masyarakat lebih berwaspada.

Dalam pada itu, pembekal produk kesihatan IT terkemuka, iSOFT memperkenalkan penyelesaian terbarunya iaitu Lorenzo bagi menangani masalah kesepaduan maklumat. Lorenzo menawarkan sistem baru dalam komunikasi kesihatan yang meningkatkan kualiti dokumentasi dan memperbaharui masa maklum balas bagi rawatan pesakit. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif iSOFT Asia, Dr Wim Botermans, berkata platform Lorenzo direka berdasarkan arkitektur perkhidmatan membolehkan akses maklumat lebih jitu dan memproses maklumat secara fleksibel. "Sistem Lorenzo akan menghubungkan rekod pesakit secara elektronik, membantu hospital bertindak lebih pantas serta mampu menawarkan keputusan tepat dan benar berdasarkannya," katanya.

Beliau berkata, Lorenzo akan bertindak dengan menguruskan maklumat pada kos terendah selain memberikan hospital akses kepada maklumat pesakit apabila diperlukan. Maklumat terbabit mampu dikongsi mana-mana hospital dengan pertukaran maklumat lancar melalui sistem yang disepadukan dalam satu platform data.
Semestinya kemudahan terbabit mendatangkan berita baik apabila pesakit mampu memiliki maklumat sendiri dengan mudah namun ia juga akan membangkitkan persoalan sama ada pihak hospital membenarkannya dibawa keluar sesuka hati.

Kebiasaannya, maklumat kesihatan dipegang pihak hospital dan sekiranya pesakit mahu membawa maklumat terbabit ke hospital lain, ia pastinya proses yang sukar. Beberapa tahun lalu, terdapat cadangan ketika persidangan meja bulat anjuran Philips yang membangkitkan persoalan pertukaran maklumat, adakah ia milik pesakit atau milik hospital? Ia berikutan timbul masalah pesakit yang hadir atau dibawa ke hospital, tetapi memiliki rekod di hospital lain. Panel persidangan meja bulat Philips menyarankan supaya kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan mewujudkan peraturan khas atau memusatkan (seperti bank data) semua rekod pesakit.

Beberapa isu berkaitan kos rawatan semakin meningkat, pemusatan data dan sebagainya perlu ditangani secara bijaksana bagi memberi impak positif dalam industri kesihatan terutama jika ia membabitkan jumlah penduduk dunia yang semakin bercambah.

10 Gambar Projek Individu (Bekas Alat Tulis)















Projek Kumpulan (Video)

THE MAKING OF "PENYIRAM MINI"



Wednesday, 30 November 2011

10 Foto Teknologi Dan Inovasi



Koolhaus Tap 

Paip air khas ini direkabentuk supaya dapat mengetahui jumlah air yang digunakan sepanjang hari. Ciptaan ini dapat mengurangkan pembaziran air daripada setiap peralatan yang terdapat di dalam bilik air dengan meminimumkan penggunaan air. Ia berfungsi seperti computer dengan menyimpan segala data penggunaan air sepanjang hari. Segala data tentang penggunaan air terdapat di skrin LCD di kepala paip. Ia juga menggunakan sinar inframerah untuk memberhentikan titisan akhir air yang keluar secara cekap dan efisyen. 




Sejadah Kiblat

Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini. 



Blue Track 


Inovasi teknologi terus dikembangkan dan makin membuat pekerjaan makin mudah. Kali ini Microsof keluaran sistem peripheral baru bernama Blue Track yang boleh diaplikasikan di berbagai permukaan.Microsoft mendakwa teknologi Blue Track mereka menjadikan mouse dan keyboard lebih mumpuni, tepat, dan tidak rata daripada generasi peripheral laser sebelumnya. Inti dari sistem baru ini ialah penggunaan sinar yang lebih luas jangkauannya dan sistem optik yang telah diperbaharui. Sinar biru ini dijanjikan akan empat kali lebih sensitif berbanding dengan sistem laser sebelumnya. Dengan begitu mouse dengan teknologi Blue Track boleh digunakan di permukaan yang sebelumnya dianggap sukar seperti karpet. "Teknologi Blue Track
mengatasi masalah yang dulu dihadapi teknologi optik dan laser. Sebagai contoh, mouse laser keluaran sebelumnya susah dipakai di atas permukaan granit dan marmar," jelas Microsoft platforms engineering manager Mark DePue seperti dilansir melalui Vnunet, Kamis (11/9/2008 ). Selain menjunjung tinggi kesensitifan, mouse keluaran baru ini juga dijanjikan tidak terdedah dengan debu. 



Komputer Canggih

Inilah Produk baru SONY, iaitu sebuah mini komputer yang dipakai dipergelangan tangan seperti Jam tangan, teknologi ini belum keluar di pasaran, kemungkinan akan dikeluarkan pada 2019 oleh SONY.. dan menjadi teknologi komputer tercanggih masa depan. 






Absen Telapak Tangan

Sistem absensi telapan tangan menggunakan pin code dan telapak tangan. Merupakan pengembangan dari sistem absensi sidik jari dengan mengunakan telapak tangan. Sistem ini jauh lebih cangih dibanding dengan sistem-sistem absensi yang telah ada. Bahkan diakui sistem ini sekarang sangat populer di Amerika, Eropa dan Jepang. Cara kerja sistem ini tidak dapat dimanipulasi dan diakali. Sehingga sangat membantu menajemen perusahaan dalam meningkatkan disiplin karyawan. 





Mouse Unik(Airmouse)


Inovasi sebuah tetikus komputer terus bekembang untuk membuat pengguna semakin lebih selesa dan cepat dalam penggunaan tetikus di komputer. AirMouse adalah sebuah tetikus dengan sistem seperti sebuah sarung tangan atau dengan kata lain mouse ini dipakaikan ke tangan anda.  AirMouse menggunakan sistem wayarles di mana bateri isi ulang yang ada dapat bertahan selama 1 minggu dengan sekali isi ulang. Cara penggunaannya juga mudah, anggap saja anda menggunakan tetikus tapi tidak ada tetikus di bawah tangan anda. AirMouse juga menggunakan sistem laser sama seperti tetikus lain dan optical diletakkan di bawah telapak tangan. AirMouse menjanjikan kelajuan dan ketepatan berbanding mouse biasa. Akan mula dijual dalam 6-12 bulan ke depan dengan harga US $ 129. 






Epoc Wireless Neuroheadset

Peranti yang canggih dan mempunyai kualiti yang tinggi bergantung pada seberapa besar kemampuan yang Diberikannya. Dengan berbagai kemampuan yang dimilikinya, yang pasti membuat para pelanggan yang membelinya tidak akan merasa rugi dan bahkan akan merasa berpuas hati. Seiring dengan itu, telah hadir peranti yang inovatif dan disediakan dengan olahan teknologi canggih. Peranti tersebut dikenali dengan EPOC wireless neuroheadset yang merupakan buatan Emotive. Peranti ini merupakan sebuah antara muka peribadi terbaru Untuk interaksi manusia dengan komputer yang terbilang revolusioner. Peranti EPOC ini dilengkapi dengan resolusi tinggi, pengambilalihan isyarat saraf dan pemprosesan yang menggunakan sensor 14 salin untuk diolah ke dalam isyarat elektrik yang dihasilkan oleh otak untuk mengesan fikiran, perasaan dan ekspresi. Peranti ini juga mempunyai gyroscope yang menghasilkan maklumat kedudukan yang berpotensi bagi kursor dan kawalan kamera. Peranti Emotive EPOC menyambung ke peranti PC dengan tanpa kabel. Bateri Lithium yang ada pada peranti membolehkan penggunaan selama 12 jam. Kewujudan perisian EmoKey dan alat dengar mampu mengubah kejadian-kejadian yang dikesan ke dalam kombinasi penekanan sebarang kekunci. 




Kereta Bandar

Kereta konsep yang diberi nama Drop ini adalah sebuah kereta konsep sesuai digunakan di bandar-bandar. Kereta yang direkabentuk oleh Rubem De Floriani dari Brazil adalah bersaiz kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja. Kelebihan yang terdapat pada kereta ini adalah ianya mudah untuk diletakkan dan menggunakan ruang yang sedikit. Idea yang praktikal ini dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar. Walau bagaimanapun kereta ini tidak membawa apa-apa makna sekiranya terlalu banyak kereta seperti ini di bandar dan mewujudkan kesesakan lalu lintas. 





Washable Keyboard

Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel anda. Selain keyboard, Unotrun juga menghasilkan tetikus dan pembaca Smartcard dan aksesori PC yang tidak mudah kotor. 







 Pen Al-Quran Dan Tasbih Elektronik

Antara ciri-ciri pen al-Quran dan tasbih elektronik ini adalah 

· Audio bacaan Al-Quran 
· Mengandungi 30 surah dalam Al-Quran 
· Bacaan Oleh Sheikh Sudais (Imam Mekah) 
· Terdapat fungsi play, stop dan repeat. 
· Pen berkualiti yang boleh menulis 
· Berwarna Metallic Silver 
· Headphone dengan tempat mengawal suara 
· Mudah dibawa ke mana-mana - bersaiz pen biasa.





Khemah Canggih Lutsinar

Khemah gelembung dan lutsinar direka untuk memberi pemandangan panorama menakjubkan kepada penghuninya. Sesiapa saja yang ingin mencuba kelengkapan luar ini pasti mahu membawa langsir bersama-sama mereka. Walaupun ia lebih kelihatan seperti mangkuk gergasi ikan emas, rekaan terbaru ini sebenarnya ialah khemah lutsinar. Dengan pemandangan panorama menakjubkan di sekitar kawasan perkhemahan, struktur lut sinar ini direka untuk membolehkan orang ramai berada serapat mungkin dengan alam semula jadi.
Bagaimanapun, ia jauh lebih canggih berbanding peralatan perkhemahan tradisional. Dengan dilengkapi almari, rak dan lampu elektrik, khemah gelembung ini kelihatan lebih daripada sebuah bilik hotel yang boleh bergerak berbanding khemah biasa.